Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Malaya!!

Penantian 14 tahun berbaloi dengan kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki AFF 2010. Memang tak dinafikan Malaysia layak untuk memenangi piala ni.Banyak perubahan kita boleh tengok dalam pertandingan kali ni.Kalau kita soroti apa yang berlaku sebelum pertandingan ini, banyak masalah telah kita hadapi sebenarnya. Kecederaan pemain adalah faktor utama yang membuatkan ketua jurulatih K Rajagobal melahirkan rasa bimbang untuk menghadapi setiap perlawanan.
Beliau juga pernah berkata agak susah untuk kita memenangi setiap perlawanan kerana hampir 5 pemain utama mengalami kecederaan.Tapi beliau amat optimis dengan pemain muda yang diturunkan dan terbukti keringat muda ini merupakan keringat emas yang mampu melonjakkan nama negara.Walaubagaimanapun pemain Malaysia kali ni memang mantap.Banyak yang telah berubah mengenai trend permainan Malaysia.Kalau dulu kita asyik pemain kita asyik tunggu bola dan terlalu banyak hantaran tinggi kepada pemain penyerang, tapi kali ni kita lebih banyak menggunakan hantaran-hantaran pendek dan kemas.Permainan "counter attack" juga byk membantu.
Pemain-pemain muda dilihat mempunyai stamina yang tinggi dan mampu melakukan larian-larian pantas dan seterusnya mencipta jaringan.Macam ni baru dinamakan bermain BOLA SEPAK.Jadi penonton pun lebih berminat untuk turun ke stadium untuk tgk bola.Satu perubahan terhadap sejarah bolasepak negara.Kalau kita teruskan trend permainan seperti ni memang fans Malaysia tak akan berganjak dalam memberi sokongan dan kita juga tak mustahil untuk menang lebih banyak pertandingan yang lebih berprestij selepas ni. TAHNIAH MALAYSIA!

Sunday, February 21, 2010

Salam..

salam perkenalan..ini pertama kali tulis artikel dalam blog.sebelum ni ada hati jugak nk buat blog tapi masa tak mengizinkan. sebelum ni asyik baca blog orang ja. nmpak macam senang ja nak tulis tapi bila start tulis bru la tau susah jugak nk jd blogger. maklumla nk berikan pendapat ni bukan senang.tapi ye la kita bermula dengan penulisan lepas tu baru la kita pandai luah melalui kata-kata pulak.ok la melalut panjang ni.Salam Perkenalan diucapkan. MUngkin lepas ni lebih banyak artikel-artikel dapat dikongsi bersama.