Salam 1Malaysia.
Saban hari terpapar di dada-dada akhbar tempatan mengenai kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa.Kalau dahulu isu pembuangan bayi ini mungkin amat sukar untuk didengar.Akan tetapi sekarang ini pembuangan bayi dilihat seperti satu trend bagi masyarakat kita.Apakah masyarakat kita ini mahu terkenal dengan kekejaman?Saya agak hairan dengan sikap masyarakat kita ni.Pelik dan jelek.Yang lebih merisaukan adalah semua kes pembuangan bayi ini melibatkan remaja dan belia yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Saei Kie berkata, sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan individu berumur 25 tahun ke atas, manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur mereka. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula dari tahun 2000 sehingga Julai 2008. Statistik ini telah didedahkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa di Dewan Rakyatpada 20 Oktober 2008.

Statistik ini sudah cukup untuk membuktikan pelapis negara berhadapan dengan masalah sosial yang amat membimbangkan.Saya yakin lebih banyak kes-kes yang tidak dapat dikesan yang mana mungkin mencecah ribuan anak-anak tidak berdosa dibuang atau ditanam ibarat seperti membuang atau menanam bangkai.Lantas dengan isu ini yang semakin menjadi-jadi,banyak pihak tampil untuk membantu membendung masalah ini.Kebanyakkan adalah melalui kempen seperti kempen anti pembuangan bayi dan lain-lain.Terlintas di fikiran saya mengenai keberkesanan sistem berkempen ini.Adakah benar kempen yang dilakukan ini dapat mengubah mentaliti masyarakat kita ini.Secara peribadi saya tidak bersetuju mengenai pelaksanaan kempen ini.Bukan saya tidak setuju dengan inisiatif kempen ini.Cuma secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan pelaksanaan cara berkempen itu.Secara umumnya kita lihat kebanyakan kempen ini berkonsepkan hiburan.Nak bendung pembuangan bayi pun perlu menyanyi ke?Nak bendung pembuangan bayi perlu adakan konsert ke?Bukankah itu membuka lebih banyak ruang untuk masalah sosial berlaku dengan lebih berleluasa.Ada sesetangah perkara kita boleh gunakan hiburan sebagai medium hiburan untuk menyedarkan masyarakat tetapi bagi isu pembuangan bayi ini saya rasa kita perlu mengubah cara kita.Kita cuba berkempen tanpa hiburan.Ataupun kerajaan cuba laksanakan hukuman mengikut hukum islam.Saya berkata begini kerana negara kita merupakan negara islam.Jadi apalah salahnya jika kita mengikut syariat yang telah ditetapkan.Ini bukan mengenai kepentingan politik atau kepentingan mana-mana pihak,tetapi ini mengenai hala tuju negara.Adakah kita mahu negara diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai moral yang buruk?Hal ini kerana kebanyakan kes-kes pembuangan bayi ini dilakukan oleh golongan remaja dan belia yang kelak akan menerajui negara.Sehubungan dengan itu saya menyeru semua pihak bekerjasama membendung perkara ini.Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah.Fikir-fikirkan dan nilai lah diri kita setakat mana kita membantu dalam membendung perkara ini dari terus berleluasa.Insyaallah dengan gandingan semua pihak kita mampu memperbetulkan kembali keadaan ini.
No comments:
Post a Comment