Sunday, January 2, 2011

Tahun baru : Azam dan Angan-angan

Sekarang kita sudah berada di tahun baru iaitu 2011 dan meninggalkan segala memori pahit dan manis yang telah kita lalui sepanjang tahun 2010.Saban tahun, setiap individu pasti akan memasang azam baru agar menempuhi tahun baru dengan lebih berjaya.Ia memang lumrah manusia kerana manusia sentiasa mengejar kearah perubahan positif untuk memastikan hari ini lebih baik daripada semalam.Segala macam azam dibuat dengan penuh semangat untuk berjaya.Bagi golongan yang masih belajar mungkin memasang azam untuk belajar bersungguh-sungguh,bagi golongan bekerja mungkin memasang untuk menaikkan prestasi kerja seterusnya meningkatkan produktiviti syarikat. Akan tetapi pernahkah menilai tahap pencapaian azam kita setiap kali di penghujung setiap kali penghujung tahun?Boleh dikatakan hampir setiap orang memasang azam, tapi tak pernah melakukan KPI (key performance index) bagi diri masing-masing.Pernah tak kita duduk bersendirian seketika dan memikirakan apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun.Perkara inilah yang sepatutnya dilakukan dari kita memasang azam yang tinggi menggunung tanpa menghiraukan samada kita telah mencapai azam yang terdahulu.adakah kita mahu azam yang kita buat itu menjadi angan-angan sahaja?kalau bahasa orang kampung "pandai cakap tapi tak buat".Kita perlu jadikan azam baru setiap tahun itu sebagai satu panduan apa yang kita ingin capai dalam tahun itu.azam baru tak perlu banyak. satu atau dua azam sudah memadai tetapi dengan syarat azam itu mestilah menyeluruh, lebih berfokus dan merupakan keperluan dalam kehidupan.Dengan ini baru lah azam itu dapat menjadi panduan kukuh dalam menjalani kehidupan sepanjang tahun.
p/s : jangan jadikan azam anda seperti angan-angan yann tak pernah dapat dicapai

No comments:

Post a Comment